Selasa, 21 April 2009

Larian New Balance Pacesetters 2009

Larian ini akan berlangsung pada 17 Mei 2009 pada pukul 7 pagi di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur di Tapak A dekat dengan rumah bot. Ia adalah sebagai persediaan untuk menghadapi larian KL Maraton 2009.

Khamis, 2 April 2009

Selamat Hari Lahir!

Hari ni adalah hari lahir aku...Bersyukur ke hadrat Illahi.

Isnin, 30 Mac 2009

Senaman Melambatkan Penuaan (Petikan artikel)

Mari kita baca petikan artikel ini dari Readers Digest Februari 2009:

Anti Ageing Exercise

Regular Running may help prevent disability and early death from cancer,neurological disease or infections, according to Stanford University School of Medicine. Researches tracked 1000 runners and non-runners over age 50. After 19 years, 34 percent of non-runners had died, but only 15 percent of the runners had. What you need to know:

Warm up and warm down: Even if you're just going for a gentle run, warm up first to achieve a certain level of joint mobility and to avoid injuries. Warming down will also help cut down on stiffness.

Run tall and breathe deeply: Try to get in the habit of running with a straight back to minimise pressure on your diaphragm. Take a deep breath, lift your whole upper body and than hold that position as you run.

Running time: Only run as long as you can do so in the correct style. As soon as your form gets sloppy, pack it for another day.

Isnin, 9 Mac 2009

KL Towerthon Challenge Sudah Berlalu

Aku pernah menyertai larian ini beberapa tahun lepas. Cabaran ini sungguh menyeronokkan. Garisan permulaan di Bukit Nenas, peserta perlu berlari mendaki bukit hingga sampai ke Menara K.L dan seterusnya mendaki menggunakan tangga hingga ke puncak. Menarik kan? Memang mencabar fizikal dan mental apabila anda terpaksa mengerah segala tenaga melawan tarikan graviti.

Isnin, 23 Februari 2009

Kebaikan Senaman Kepada Jantung Anda

Ramai sedia maklum akan kebaikan senaman, tetapi mereka tetap keberatan atau jarang melakukannya. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan salah satu faktor utama kepada penyakit jantung dan kardiovaskular. Aku bukanlah seorang doktor atau perunding kesihatan. Namun marilah sama-sama kita berkongsi maklumat dan pendapat tentang kebaikan senaman ini dari sudut kesihatan jantung.
Menurut Persatuan jantung Amerika, kekerapan orang yang kurang aktif dan tidak begitu cergas dari segi fizikal menghidap hipertensi antara 30-50 peratus lebih tinggi. Kajian juga menunjukkan bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan darah tinggi kepada pesakit. Apabila berlaku tekanan darah tinggi, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Seperti juga otot-otot lain, jantung juga akan menjadi lebih kuat melalui aktiviti senaman. Jantung yang kuat dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Jadi, jantung dapat bekerja pada tahap yang maksimum tanpa bebanan yang teruk.
Bagi orang yang rajin bersenam, kadar denyutan jantung mereka semasa rehat adalah lebih perlahan kerana JANTUNG MEREKA TIDAK PERLU BEKERJA KERAS untuk mengepam darah! Orang yang rajin bersenam biasanya mempunyai risiko yang rendah terhadap penyakit jantung, apatah lagi jika dia tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Rabu, 18 Februari 2009

Pembukaan Tirai 2009!

Bertemu lagi pada tahun 2009. Sudah lama nampaknya aku tak menulis 'post' baru lantaran kesibukan dengan berbagai tugas dan tanggungjawab. Aku mengakui ianya menyebabkan blog ini ibarat 'mati' sementara.
Kini aku berpeluang kembali dalam arena blog 'Dunialarian' untuk mencatat segala aktiviti yang aku lakukan berkaitan dengan bidang sukan yang aku ceburi sejak beberapa tahun yang lalu. Tahun 2008 telah pun berlalu. Sejak 'post' aku yang terakhir, aku telah menyertai beberapa larian yang agak besar sebelum berakhirnya 2008.
Ada larian besar yang menanti pada 2009 iaitu KL Marathon 2009 yang dijangka berlangsung pada bulan Jun. Pada bulan mac, larian Bukit Jalil akan memeriahkan suasana pagi di taman rekreasi yang mendapat sambutan orang ramai pada setiap hari.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Berseorangan

Pada mula-mula melibatkan diri dalam dunia larian maraton, ada beberapa orang rakan yang ikut menyertai aku.Lama-kelamaan semuanya hilang ditelan dek masa berlalu. Ada yang sudah berpindah, yang berkahwin dan terus bersara dan yang mengatakan mereka terlalu sibuk untuk aktif dalam larian.

Namun aku tetap meneruskan larian walaupun berseorangan. Aku tak kisah tentang itu. Yang penting aku gembira dengan apa yang dilakukan.