Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bulan Ramadhan sudah tiba di penghujungnya. Perjuangan berpuasa berlangsung selama 30 hari. Puasa yang ditempuh itu bukan sahaja sekadar tidak makan dan tidak minum, malah lebih daripada itu kepada seluruh pancaindera yang ada termasuk hati.

Esok adalah Hari Raya Aidilfitri. Aku masih disini, iaitu diperantauan, sekitar 400km dari kampungku. Jika aku mahu pulang ke kampung dengan maraton, beerti aku kena lari 20 kali maraton, baru sampai!

Aku akan balik kampung pada malam ini atau awal pagi esok, bukan dengan berlari tapi berkenderaan.

Tadi terdengar suara syahdu takbir dan tahmid hari raya. Fuuiiyooh..memang syahdu.

Di kesempatan yang ada ini aku mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Mohon maaf jika ada kesilapan dan kelemahan.

Rabu, 16 September 2009

Kisah Pelari Eropah

LONDON - Standup comedian Eddie Izzard completed a 1,100 mile (1,770 kilometer) run across Britain on Tuesday, staggering across the finish line at London's rain-soaked Trafalgar Square.

The cross-dressing comic, better known for running through his routines in drag than running marathons, said he managed the feat of endurance with only five weeks' training.
"I ... feel ... exhausted," Izzard said, raising his hands in the air in front of assembled journalists.
Izzard covered the country in seven weeks, clocking up at least 27 miles (43 kilometers) nearly every day to raise money for Sport Relief, a U.K. charity which works in Britain and abroad.

The 47-year-old entertainer, known to U.S. audiences for his roles in FX's "The Riches" and Tom Cruise's World War II drama "Valkyrie," said the run had wrecked his feet.
"The small toes have lost their nails and they look like alien monsters but I'm told they will grow back," he said, adding that while everyone kept complementing him about the shape of his legs, "I thought they looked quite good beforehand."

Sport Relief spokeswoman Jeni Ayling said a BBC crew was accompanying him in a rickshaw the whole way, filming him as he ran. Also following him were his manager, a sports therapist, and an ice cream van which periodically played the theme song to "Chariots Of Fire."
The double Emmy award-winner's run took him across Britain, from London to Liverpool, Northern Ireland, Scotland and down back to the capital, according to the BBC. The broadcaster said Izzard effectively ran 43 marathons.

It added that some of Izzard's runs had taken him as many as 10 hours to complete, although his last one was took just over five.
Izzard said told the broadcaster last month that "you have to be a little bit crazy" to tackle a challenge of this kind.
"But doing standup comedy is a little crazy," he said.

Dipetik dari berita Yahoo.com

Isnin, 24 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak!

Apa kabar semua? Maaf kerana telah beberapa minggu tidak mengemaskinikan blog.Kini Ramadhan menjelma lagi untuk kita meneruskan perjuangan menunaikan ibadat puasa yang difardhukan ke atas semua umat Islam.
Dalam jangkamasa sebulan yang lalu aku telah menyertai 4 buah perlumbaan yang diadakan disekitar Lembah klang. Pendek kata,tiap-tiap minggu aku menyertai kejohanan larian.Secara tak langsung dalam beberapa minggu yang lepas aku memang sibuk sangat dengan latihan. Ditambah lagi dengan tugas-tugas harian yang bermacam-macam.
Dalam catatan yang seterusnya aku akan kemaskini maklumat berkenaan beberapa larian yang aku sertai. Kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pelari-pelari yang beragama Islam dan juga rakan-rakan serta pengunjung blog. Teruskan perjuangan!

Isnin, 22 Jun 2009

Nikmat Berlari


Petikan daripada akhbar My Metro:



"DIA menggelarkan dirinya kaki bangku, malah ketika membabitkan diri dalam sukan bola jaring sewaktu di zaman persekolahan dulu pun, dia akui lebih banyak duduk di bangku simpanan."


Lantas, siapa yang tidak terkejut apabila 'si kaki bangku' berjaya menyudahkan empat maraton (tempatan dan antarabangsa) serta deretan pertandingan larian lain dengan setiap satunya memiliki jarak antara 10 hingga 21 kilometer (km).Sejak menguji keupayaan fizikal dan mental diri dalam pelbagai pertandingan selama tiga tahun ini, Hazaliza Mat Zean, 38, menyifatkan larian seolah-olah satu 'sumpahan' kerana sukar baginya kini untuk berhenti berlari.Apatah lagi, catatannya di Internet menerusi blog runningmom-haza.blogspot.com yang diwujudkan sempena aktiviti lariannya itu bukan saja mengundang ramai pengikut, malah turut mencetus inspirasi kepada ramai individu untuk berlari.


"Selepas melahirkan anak kedua pada 1999, berat badan saya meningkat sehingga mencecah 70 kilogram (kg) biarpun sebelum itu, berat saya hanya sekitar 50 hingga 55 kg.


"Doktor menyarankan saya untuk bersenam lagipun berat badan sedemikian sering membuatkan saya berasa tiada tenaga, cepat penat dan tertekan."Bukan itu saja, malu pun ada terutama bila ke kedai untuk membeli baju kerana jurujual biasanya hulurkan saya baju saiz XL," kata pensyarah Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.


Di kawasan rekreasi Taman Rakyat, tidak jauh dari rumahnya di Andalas, Klang, dia asalnya hanya berjalan pantas di sekeliling taman."Tetapi saya rasa tidak puas berjalan, kemudian saya cuba berlari dan berjaya menghabiskan satu pusingan taman itu sejauh 1.5 km. Sejak itulah, jarak larian saya pun kian bertambah," kata ibu dua anak perempuan ini yang mula menjadikan senaman rutin hariannya sejak 2003.


Tanpa sebarang jurulatih, sekadar tunjuk ajar daripada mentor yang juga pelari daripada kelab larian di Klang, dia mula mendekatkan diri dengan pelbagai pertandingan larian termasuk di Singapura.Tidak hanya meraih pengalaman atau bertemu rakan baru, Hazaliza akui pembabitan dalam satu-satu pertandingan turut disertai rasa tanggungjawab untuk berlumba serta menyudahkan larian.


Sibuk dengan persediaan untuk menyertai maraton Standard Chartered Kuala Lumpur pada 28 Jun ini, penyertaan Hazaliza sebelum ini membabitkan maraton (sejauh 42.195 km) di Pulau Pinang dan Singapura, kedua-duanya pada 2007 manakala tahun lalu, dia menyertai maraton AmBank Kuala Lumpur dan Adidas Sundown di Singapura.Untuk satu-satu pertandingan, lazimnya dia memastikan lariannya sekitar 70 km seminggu dengan larian harian sejauh antara lapan hingga 10 km. Pada hujung minggu, jarak larian semakin jauh iaitu antara 20 hingga 30 km manakala, baru-baru ini, dia turut mencipta rekod larian sejauh 31 km tanpa henti sewaktu salah satu sesi latihannya.


Jika tidak di Klang, kawasan pilihannya untuk berlari termasuk sekitar Shah Alam atau Bukit Aman-Hartamas."Jika berlari pada jarak yang agak jauh, cabaran paling kuat tentunya mental. Adakalanya, saya tahu keadaan fizikal saya mampu untuk berlari lebih jauh lagi, tetapi dari segi mental, asyik terfikir mahu berhenti."Justeru, untuk berlari pada jarak yang jauh, saya fikir lebih mudah berteman kerana masing-masing akan memberikan motivasi pada rakan yang berlari," katanya.


Anak sulungnya, Aisyah Naquiah Mohd Shamsul, 14, pernah menyertai pertandingan larian lima kilometer tahun lalu, tetapi dia tidak fikir buat masa ini, Aisyah Naquiah mahupun adiknya, Iman Khairiah, 10, serta suaminya yang lebih cenderung pada renang, bakal menuruti minatnya itu.Apapun, blog larian yang mula mencuri hati pengikutnya sejak 2006 itu sehingga kini sudah mencecah lebih 77,000 hit.


Lebih memberangsangkan, ia bukan sekadar menjadi rujukan pelari, tetapi turut menyuntik motivasi untuk sesetengah individu yang mahu mencuba untuk berlari."Tidak pernah terlintas di fikiran, catatan dalam blog saya itu ramai pula pembacanya. Mula-mula dulu saya cuma mahu mencatatkan masa larian, tetapi jika ia mampu memberi inspirasi pada orang lain, tentunya saya cukup gembira," katanya.


Jika maraton Standard Chartered di Singapura pada 2007 dianggap maraton paling digemari namun kenangan maraton Adidas Sundown bermula jam 12 tengah malam yang juga berlangsung di Singapura, dirasakan paling mencabar."Selepas jarak 36 km, saya betul-betul rasa seperti tidak berupaya untuk berlari. Macam-macam perasaan ada, mulalah teringat anak, keluarga malah asyik bertanya pada diri, mengapalah sanggup buat kerja yang 'menyeksa' diri ini," katanya.


Bukan hanya disebabkan beberapa laluan agak sukar termasuk menempuh lima jejantas, malah pada peringkat tiga kilometer terakhir, terpaksa pula meredah hujan lebat.Melangkah dalam larian yang berbaur dengan seribu macam perasaan itu turut menyaksikan air matanya gugur dalam kegelapan sekitar dan hujan yang tidak juga reda hinggalah ke garisan penamat."Tetapi apabila berjaya menamatkan perlumbaan biarpun waktu larian melebihi enam jam, memang tak mampu saya gambarkan kepuasan saat itu," katanya yang kini menyimpan impian untuk menyertai maraton di Gold Coast, Australia.

Ahad, 31 Mei 2009

Misi Larian Bomba Selesai!

Hari: Ahad
Tarikh: 10 Mei 2009
Masa Permulaan: 7.30 pagi
Jarak: 10 km
Catatan Masa: 74 minit

Beberapa minggu kebelakangan ini aku begitu sibuk hingga tidak sempat mengemaskinikan blog ni. Aku berpuashati dengan catatan masa diatas yang mana aku hanya sempat berlatih selama seminggu saja.
Ini adalah larian pertama aku pada 2009. Aku bermula lewat tahun ini, berbeza daripada tahun-tahun yang lalu. Jika dulu, apabila sampai bulan Mei, aku dah menyertai hampir 10 larian. Itu antara zaman kegemilangan dalam dunia larian. Aku pasti akan meneruskan larian dan memperbaiki rekod sedia ada.

Jumaat, 8 Mei 2009

Daftar KL Maraton & Larian Bomba

Beberapa hari lepas aku mendaftar KL Maraton & Larian Bomba. Larian Bomba akan berlangsung pada hari Ahad ini jam 7 pagi di Dataran Merdeka. Aku baru sahaja kembali ke arena latihan beberapa hari lepas lantaran kesibukan. Oleh itu dalam Larian Bomba ni aku tak mengharapkan dapat berlumba dalam prestasi terbaik aku pada masa lalu.
Yang penting dalam larian pertama aku 2009 ni, aku mesti menghabiskan larian dengan penuh kegembiraan, walaupun bukan dengan kemenangan mendapat tempat 20 ke bawah. Bagi setiap orang definasi kemenangan adalah berbeza. Aku juga ada definasi kemenangan dengan cara aku sendiri, berubah pada masa tertentu berdasarkan sasaran.

Selasa, 21 April 2009

Larian New Balance Pacesetters 2009

Larian ini akan berlangsung pada 17 Mei 2009 pada pukul 7 pagi di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur di Tapak A dekat dengan rumah bot. Ia adalah sebagai persediaan untuk menghadapi larian KL Maraton 2009.