Ahad, 31 Mei 2009

Misi Larian Bomba Selesai!

Hari: Ahad
Tarikh: 10 Mei 2009
Masa Permulaan: 7.30 pagi
Jarak: 10 km
Catatan Masa: 74 minit

Beberapa minggu kebelakangan ini aku begitu sibuk hingga tidak sempat mengemaskinikan blog ni. Aku berpuashati dengan catatan masa diatas yang mana aku hanya sempat berlatih selama seminggu saja.
Ini adalah larian pertama aku pada 2009. Aku bermula lewat tahun ini, berbeza daripada tahun-tahun yang lalu. Jika dulu, apabila sampai bulan Mei, aku dah menyertai hampir 10 larian. Itu antara zaman kegemilangan dalam dunia larian. Aku pasti akan meneruskan larian dan memperbaiki rekod sedia ada.

Jumaat, 8 Mei 2009

Daftar KL Maraton & Larian Bomba

Beberapa hari lepas aku mendaftar KL Maraton & Larian Bomba. Larian Bomba akan berlangsung pada hari Ahad ini jam 7 pagi di Dataran Merdeka. Aku baru sahaja kembali ke arena latihan beberapa hari lepas lantaran kesibukan. Oleh itu dalam Larian Bomba ni aku tak mengharapkan dapat berlumba dalam prestasi terbaik aku pada masa lalu.
Yang penting dalam larian pertama aku 2009 ni, aku mesti menghabiskan larian dengan penuh kegembiraan, walaupun bukan dengan kemenangan mendapat tempat 20 ke bawah. Bagi setiap orang definasi kemenangan adalah berbeza. Aku juga ada definasi kemenangan dengan cara aku sendiri, berubah pada masa tertentu berdasarkan sasaran.