Larian ini akan berlangsung pada 17 Mei 2009 pada pukul 7 pagi di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur di Tapak A dekat dengan rumah bot. Ia adalah sebagai persediaan untuk menghadapi larian KL Maraton 2009.
Berlari adalah aktiviti sukan yang saya sertai sejak 2001. Jadi sudah 8 tahun penglibatan dalam sukan ini.Ia pada mulanya dicetus oleh seorang kawan serumah ketika berbual sambil membaca suratkhabar. Larian yang pertama yang kami sertai adalah Penang Bridge Run.